Kecemerlangan Pembuatan
Berita Terkini
May
30
2013
UPACARA PEMBUKAAN DOWA INDONESIA

Satu upacara pembukaan gilang-gemilang melancarkan kemudahan Dowa Indonesia yang baru dengan relau-relau yang dibina dan dipasang oleh Hightemp India di Indonesia.

Feb
22
2013
Pesanan Baru Ditempah

Sekali lagi DOWA Hightemp dianugerahkan dengan satu kontrak oleh pengeluar kenderaan berat terbesar di India. Kontrak ini untuk membekalkan barisan relau Penyusukkarbonan Gas jenis Tujah Berterusan yang automatik sepenuhnya, dengan pengautomatan untuk lindap tekan. (Pelanggan ini sudah pun mempunyai satu pemasangan yang serupa yang dibekalkan dan dipasang oleh Hightemp pada tahun 2008).

Dowa Hightemp mempunyai tempahan pesanan untuk membekalkan relau Pengerasan Putar Menegak dengan lindap tekan sepadu, relau Perwajaan tali sawat jejaring bersuhu rendah, relau Perwajaan tali sawat jejaring bersuhu tinggi dan sistem Pengautomatan untuk memuat naik dan turun. Pesanan ini diterima daripada sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Jepun. Syarikat yang terletak berhampiran Bangalore ini mengeluarkan komponen automobil untuk industri kenderaan beroda dua.

Jan
23
2013
Kecemerlangan Teknologi

HIGHTEMP menerima anugerah daripada TIMKEN untuk “Kecemerlangan Teknologi” semasa

 
Persidangan Pembekal yang diadakan di Chennai
May
14
2012
Seminar tentang “Kemajuan dalam teknologi pematerian”

Seminar tentang “Kemajuan dalam teknologi pematerian” dianjurkan pada 5 dan 6 haribulan Mac, 2012 di Gurgaon, berhampiran dengan New Delhi.

Seminar ini akan meneliti kemajuan terbaru dalam Pematerian Aluminum Berterusan, dan akan merangkumi kaedah-kaedah pemfluksan yang baru, bahan dan ujian baru, bersama-sama dengan teknik-teknik penjimatan tenaga, pengeluaran dan pemasangan.