Kecemerlangan Pembuatan
Pesanan daripada Presiden
Di DOWA Thermotech - Mutu adalah cara hidup kami… Melalui operasi perniagaan kami di persada dunia, kami berazam untuk mencipta aras-aras tanda yang baru dalam bidang olahan haba, dengan fokus yang khusus ke atas teknologi berinovasi, yang digabungkan dengan Kualiti, Kos dan Penyampaian (QCD).
Kami mengutamakan para pelanggan kami dalam apa jua yang kami lakukan dan ini telah menjadi bukti kejayaan kami semenjak 1884. Falsafah teras ini dicerminkan dalam tiga prinsip asas yang menjadi sebahagian daripada DNA kami; iaitu inovasi dan teknologi, mutu dan prestasi, serta keupayaan kami untuk memberikan kepuasan pelanggan pada tahap paling tinggi.
Kepimpinan kami dalam mereka bentuk dan pembuatan teknologi serta sistem olahan haba yang boleh dipercayai untuk olahan bahagian automobil seperti sistem penghantaran, gear dan injap, tiada tandingan. Kami juga sedang giat meningkatkan kehadiran kami di peringkat antarabangsa untuk menawarkan penyelesaian dan perkhidmatan yang bertaraf dunia dari segi kemampuan dan mutu.
 
Sejajar dengan strategi pembangunan kami, kini kami mempunyai kemudahan dan operasi relau perindustrian serta olahan haba yang canggih di Asia, iaitu di India, China, Thailand dan Indonesia, dan juga di Amerika Syarikat. Dengan ini, kami dapat memanfaatkan bakat kejuruteraan yang besar serta kos operasi di kawasan-kawasan ini, dan secara langsung dapat menawarkan kepada para pelanggan kami satu kelebihan QCD yang nyata.
 
DOWA Hightemp merupakan kemudahan lengkap serta berskala besar kami yang pertama tersebar di seluruh kawasan perindustrian penting di India. Operasi kami di India sejajar sepenuhnya dengan piawaian operasi global syarikat ini. Ini memastikan mutu, kecemerlangan teknikal, pematuhan proses dan komitmen Jepun terhadap penyampaian dan perkhidmatan yang berterusan.
 
Kami sedar bahawa mutu kami - mutu dalam perkhidmatan dan operasi kami, mutu dalam pekerja kami dan mutu dalam hubungan kami - yang menggembirakan para pelanggan selama ini. Mutu juga merupakan sebab mengapa beberapa syarikat automobil dan kejuruteraan global yang besar menganggap kami sebagai rakan kongsi ideal mereka.
 
Sebagai sebuah syarikat global yang mempunyai hubungan erat dengan pelbagai komuniti, kami akan mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti bersama dengan komuniti setempat. Kami juga berazam untuk memperoleh kepercayaan yang tidak goyah melalui kejelasan, kejujuran, serta keutuhan berterusan dalam operasi perniagaan kami.
 
Dowa-Thermotech akan terus komited dalam mengotakan janji kami tentang mutu dan kecemerlangan dengan lebih banyak penyelesaian berinovatif dan teknologi yang tiada tandingan. Ini menjadikan kami satu penyelesaian serba lengkap untuk pengeluar-pengeluar di pasaran Amerika Syarikat, Eropah, Asia dan Timur Tengah yang berusaha mencari teknologi relau perindustrian yang canggih. Jadi, bercakaplah dengan kami untuk mengalami satu perkongsian yang benar-benar global dan memuaskan.
 
Terima kasih atas sokongan anda dan kami menanti-nantikan peluang untuk bekerja dengan anda. . .
Toshiro Sumida
Presiden - Dowa Thermotech