Kecemerlangan Pembuatan
Produk
Fakta Ringkas
    • Pemanasan sekata dari sisi menerusi tiub Radiant anggul rapat
    • Kipas bersepadu tuang untuk keseragaman suhu dan udara
    • Boleh menggunakan gas endoterma, nitrogen-metanol atau Proses Penyusukkarbonan Halus
Relau Lindap Tertutup Sepadu Jenis Kelompok
Relau Lindap Tertutup Sepadu Jenis Kelompok
Secara ringkasnya. . .

Relau Lindap Tertutup Sepadu Jenis Kelompok memberikan manfaat pemanasan sekata dari sisinya menerusi pemanas tiub Radiant yang dipasangkan pada sisinya. Relau Lindap Tertutup Sepadu daripada Dowa Thermotech Ltd menggabungkan kipas sepadu tuang untuk memastikan keseragaman suhu. Bagi udara relau, relau-relau ini memberikan pilihan sama ada untuk menggunakan gas endoterma, Nitrogen-Metanol, atau Proses Penyusukkarbonan Halus.

 

Dowa Thermotech Ltd menggabungkan kipas sepadu tuang yang unik untuk memastikan keseragaman suhu. Satu ciri tambahan reka bentuk ini ialah pemanasan sekata melalui pemanas tiub Radiant yang dipasang pada sisi relau ini. Relau-relau ini direka bentuk dengan pilihan untuk menggunakan gas endoterma, Nitrogen-Metanol, atau Proses Penyusukkarbonan Halus suntikan terus.

 

 

Ciri-Ciri
  • Reka bentuk yang lurus dan tepat
  • Tiada bahagian bergerak di dalam kebuk pemanasan
  • Di kawal secara jujukan dan automatik sepenuhnya dengan PLC
  • Tiristor dengan kawalan suhu PID
  • Pengawal potensi karbon dengan injap berkadaran
  • Panel operasi grafik berskrin sentuh dengan pengumuman amaran
  • Perakam suhu berbilang titik
  • Skid silikon karbida atau landasan T keluli tahan haba
  • Pintu dan lif yang dikendalikan secara pneumatik
  • Projek serah kunci ditawarkan bersama pengetahuan proses
  • Semua amaran dan pengumuman dengan saling kunci untuk keselamatan pengendalian
  • Pilihan untuk memanaskan tiub Radiant dengan Elektrik atau Gas boleh didapati
  • Alat-alat ganti yang mudah didapati dan pada kos yang rendah
  • Reka bentuk memudahkan penyelenggaraan dan penggantian dengan masa henti yang minimum
  • Susun letak yang bersepadu dan padat dengan peralatan mencuci, mewaja dan pengendalian bahan pada harga ekonomi
  • Kawalan canggih termasuk SCADA dan Perolehan Data boleh ditawarkan
Penggunaan
  • Penyusukkarbonan
  • Pengerasan
  • Penitridaan Karbon
  • Penyepuhlindapan
  • Pengerasan Cerah
  • Penyusukkarbonan nitro
  • Penormalan
  • Pengerasan Mendakan