Kecemerlangan Pembuatan
Produk
Fakta Ringkas
    • Memastikan ketahanan terhadap lelasan dan lesu ditingkatkan
    • Kaedah bebas pencemaran
    • Automatik sepenuhnya dengan sistem keselamatan terbina dalam yang tegar dan teguh.
Relau Penitridaan Lembut Jenis Kelompok
Relau Penitridaan Lembut Jenis Kelompok
Secara ringkasnya. . .

Relau THN Dowa Thermotech Ltd Toughnite merupakan satu kaedah bebas pencemaran untuk penitridaan lembut logam. Komponen-komponen diolah pada suhu yang lebih rendah daripada titik transformasi A-1 di dalam atmosfera gas campuran yang terdiri daripada ammonia dan gas endoterma. Sementara karbon dan nitrogen yang terhasil bertindak balas dengan keluli untuk menyusuk karbon dan menitrida, pembauran nitrogen ke dalam bahan memastikan ketahanan terhadap lelasan dan lesu ditingkatkan.

 

Relau THN menyediakan satu persekitaran yang terlindung sepenuhnya untuk bahan kerja sambil disokong oleh pengendalian automatik sepenuhnya.

 

Relau Dowa Thermotech Ltd digunakan untuk penitridaan lembut komponen logam. Penitridaan lembut memastikan ketahanan terhadap lelasan dan lesu ditingkatkan oleh proses ini dengan menggunakan atmosfera gas campuran yang terdiri daripada amonia dan gas endoterma. Tatarajah reka bentuk relau ini adalah automatik sepenuhnya dengan sistem keselamatan terbina dalam yang tegar dan teguh.

Ciri-Ciri
  • Profil suhu yang sekata
  • Ketebalan lapisan pembauran yang sekata
  • Atmosfera yang stabil (sisa NH3)
Penggunaan
  • Penitridaan lembut besi tuang dan keluli menggunakan gas