Kecemerlangan Pembuatan
Produk
Fakta Ringkas
    • Memproses penukar haba aluminium
    • Teknologi pematerian fluks tahan karat
    • Reka bentuk yang diakui bersih dari segi alam sekitar
    • Penebatan yang direka bentuk dengan teliti
Relau Pematerian Aluminium Atmosfera Terkawal (CAAB®) - Pateri Relau
Relau Pematerian Aluminium Atmosfera Terkawal (CAAB®) - Pateri Relau
Secara ringkasnya. . .

CAAB® (Pematerian Aluminium Atmosfera Terkawal) yang direka oleh AFC-Holcroft menyediakan teknologi paling canggih untuk memproses penukar haba aluminium seperti radiator, teras pemanas, kondenser, penyejat, penyejuk udara tercas dan minyak. Gabungan pengalaman Bahagian Therm Alliance & Holcroft daripada AFC-Holcroft dan gabungan strategik dengan HIGHTEMP memberikan banyak kelebihan dari segi kebolehan untuk membekalkan teknologi terkini dalam pematerian fluks tahan karat kepada pasaran pertukaran haba aluminium.

 

Relau Pematerian Aluminium Atmosfera Terkawal yang dilesenkan oleh AFC-Holcroft dibina oleh Dowa Thermotech Ltd ini menawarkan teknologi terkini dalam pematerian fluks tahan karat kepada pasaran pertukaran haba aluminium seperti radiator, teras pemanas, kondenser, penyejat, penyejuk udara tercas dan minyak.

 

Relau CAAB mempunyai ciri-ciri reka bentuk yang berinovatif untuk mutu, keseragaman suhu yang tepat, serta tindak balas segera yang tiada tandigan.

Ciri-Ciri
  • Rangka keluli struktur utama dan bingkai yang teguh
  • Reka bentuk yang diakui bersih dari segi alam sekitar
  • Penebatan yang direka bentuk dengan teliti untuk mencapai penjimatan tenaga maksimum
  • Unsur-unsur direka bentuk dengan pelesapan watt yang konservatif untuk menggalakkan usia panjang
  • Mufel yang direka bentuk secara unik, dibuat khas untuk kekuatan maksimum, tahan karat dan hayat perkhidmatan yang panjang
  • Sistem pengagihan udara, sekatan gas dan penahanan udara yang direka khas - untuk penggunaan gas atmosfera perlindungan yang minimum
  • Prestasi mutu yang tiada tandingan dengan keseragaman suhu yang tepat dan tindak balas yang pantas
  • Dikawal sepenuhnya dan boleh ubah dengan pengawal output optimum
  • Sistem yang dipantau secara elektronik dan yang diprogram sepenuhnya, serta disegerakkan dengan peralatan tambahan
  • Kebuk penyejukan berjaket air yang dibahagikan kepada zon yang dikawal secara berasingan atau gas atmosfera yang disejukkan secara tidak langsung melalui penyejuk halaju tinggi luaran menghapuskan keperluan untuk menara penyejukan air.
  • Kebuk yang disejukkan udara untuk penyejukan akhir bagi mengawal suhu
Penggunaan
  • Radiator
  • Kondenser
  • Teras Pemanas
  • Penyejat
  • Penyejuk Minyak
  • Penyejuk Udara Tercas