Penyepuhlindapan Nyahkarbon & Pembiruan Relau
Penyepuhlindapan Nyahkarbon & Pembiruan Relau
Secara ringkasnya. . .

Relau Penyepuhlindapan Nyahkarbon dan Pembiruan merupakan hasil daripada reka bentuk istimewa yang berasaskan teknologi Jepun yang canggih untuk penukaran keluli tanpa silikon sebagai pelaminaan untuk pemegun dan rotor motor. Proses ini melibatkan Pembakaran, Nyahkarbon, Penyepuhlindapan dan Pembiruan dengan gabungan atmosfera untuk mencapai hasilnya, iaitu kadar karbon yang rendah disebabkan penyahkarbonan sehingga tahap 0.005%, dan kehilangan besi di bawah 6 watt sekilogram pada 1.5T dan 50 kitaran untuk pelaminaan setebal 0.5mm.

 

Dowa Thermotech Ltd menawarkan relau berterusan dan separa berterusan dengan keupayaan yang mencapai 1000 kg sejam. Relau Penyepuhlindapan Nyahkarbon dan Pembiruan yang kami bekalkan boleh dipanaskan menggunakan elektrik atau gas.

 

Relau Penyepuhlindapan Nyahkarbon dan Pembiruan Dowa Thermotech Ltd boleh mencapai kadar karbon yang rendah sehingga 0.005% dan kehilangan besi di bawah 6 watt/kg pada 1.5 T. Hasil reka bentuk ini lahir daripada usaha R&D yang gigih dalam penukaran keluli tanpa silikon sebagai pelaminaan untuk pemegun dan rotor motor.

 

Dowa Thermotech Ltd menawarkan model berterusan dan separa berterusan, sama ada dipanaskan dengan elektrik atau gas.

Ciri-Ciri
  • Relau jenis kelompok
  • Relau jenis berterusan
  • Kadar pengeluaran - jenis kelompok - 1 tan/hari sehingga 6 tan/hari
  • Kadar pengeluaran - jenis berterusan - 500 kg/jam sehingga 2000 kg/jam
  • Pilihan sama ada pengendalian menggunakan gas eksoterma atau nitrogen-hidrogen sebagai atmosfera
  • Sistem gelung tertutup automatik sepenuhnya yang dikawal PLC untuk barisan berterusan
  • Barisan lurus automatik sepenuhnya yang dikawal PLC untuk jenis kelompok
Penggunaan
  •  Terapan Motor Elektrikal