Kecemerlangan Pembuatan
Kerja Kami
Pesanan daripada Presiden
Melalui operasi perniagaan kami di persada dunia, kami berazam untuk mencipta aras-aras tanda yang baru dalam bidang olahan haba, dengan fokus yang khusus ke atas teknologi berinovasi, yang digabungkan dengan Kualiti, Kos dan Penyampaian (QCD).
Kerja Kami

Dowa Thermotech Ltd menawarkan satu portfolio proses, produk dan teknologi yang berasaskan kepakaran reka bentuk dalaman kami yang pelbagai, yang dibangunkan lebih daripada empat dekad ini. Kepakaran kami yang telah terbukti dalam pembuatan relau menjadi contoh melalui pemasangan lebih daripada 3000 relau sehingga hari ini.

Syarikat ini mempunyai latar belakang yang menyeluruh dalam teknologi dan perkhidmatan pemprosesan haba berinovatif, serta perjanjian teknologi eksklusif dengan pemimpin global dalam teknologi relau.

Peralatan Dowa Thermotech Ltd menawarkan teknologi pemprosesan haba paling terkini yang menjadikan pembuatan lebih efektif dan efisien untuk pelanggan kami. Setiap projek direka bentuk sejajar dengan spesifikasi dan keperluan penggunaan pelanggan. Hasilnya, aliran kerja bertambah cekap, kos tenaga kerja dapat dikurangkan, pencemaran diminimumkan, dan mutu produk dikekalkan dan ditingkatkan.

Operasi Relau Perindustrian
Operasi Relau Perindustrian

Merintis teknologi olahan haba yang boleh dipercayai yang memenuhi pelbagai keperluan

Operasi Olahan Haba
Operasi Olahan Haba

Olahan haba yang canggih untuk menjadikan bahan logam lebih kuat dan lebih tahan lama