Kecemerlangan Pembuatan
Siapa Kami
Pesanan daripada Presiden
Melalui operasi perniagaan kami di persada dunia, kami berazam untuk mencipta aras-aras tanda yang baru dalam bidang olahan haba, dengan fokus yang khusus ke atas teknologi berinovasi, yang digabungkan dengan Kualiti, Kos dan Penyampaian (QCD).
Kehadiran Global

DOWA Hightemp merupakan nama yang terkemuka dalam bidang relau dan loji olahan haba. Kumpulan syarikat ini mempunyai tapak pengeluaran dan pejabat di Jepun, Amerika Syarikat, China, Thailand, Indonesia dan India yang membekalkan pelbagai jenis relau perindustrian untuk automobil, aeroangkasa, kejuruteraan peralatan dan mekanikal, serta teknologi perubatan.

Pejabat yang bertempat di seluruh India dan di dunia memberi jaminan sokongan dan kepakaran optimum kepada para pelanggan kami. Kami mempunyai kepakaran untuk memenuhi kehendak pelanggan, daripada olahan individu di dalam relau kebuk tunggal sehingga pengeluaran bersiri besar-besaran perindustrian dalam sistem yang saling berhubungan.